Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pergi jawab soalan mahkamah dulu, kata Mohamad Sabu kepada Najib

Pergi jawab soalan mahkamah dulu, kata Mohamad Sabu kepada Najib

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 18, 2020 8:26 am




Presiden AMANAH, Mohamad Sabu meminta bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan di mahkamah dahulu sebelum membuat provokasi apa yang dia tak tahu.

Dalam satu jawapannya melalui facebook terhadap komen Najib, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, jangan di media sosial sahaja yang serba tahu.

“Dalam mahkamah apa pun tak tahu,” kata Mohamad menjawab komen Najib dalam isu ‘roti john’.

Mohamad menjawab satu posting yang dibuat Najib, “Mat, you know roti john.”

Ini berikutan satu berita yang memetik satu sumber kononnya seorang diplomat asing bernama John telah dibuat bergurau oleh seorang menteri bahawa dia akan memasak roti john untuk diplomat berkenaan.

“Saya sekarang fokus dengan kerja, tak usik Najib.

“Tapi jika berita tak sahih pun nak provoke, jemput baca dulu …,” tulis Mohamad merujuk kepada berita dalam laman Malaysiakini berkenaan Najib yang selalu berkata tidak tahu di mahkamah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production