Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pergolakan di Mindanao boleh jadi punca terjejasnya keselamatan perairan Sabah

Pergolakan di Mindanao boleh jadi punca terjejasnya keselamatan perairan Sabah

SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 28, 2020 9:00 pm




 

Selagi pergolakan di wilayah selatan Filipina terutama Mindanao masih berterusan, ia akan terus memberi kesan kepada keselamatan perairan negara, kata Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian susulan kes terbaharu membabitkan lima orang nelayan warganegara Indonesia yang diculik oleh kelompok Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu, Sabah pada 16 Januari lalu.

“Seperti insiden yang berlaku di perairan Sabah, kita mesti berusaha mencari penyelesaian membantu Filipina menyelesaikan masalah terutama di Mindanao.

“Selagi pergolakan berlaku di Mindanao, limpahannya (kesan) akan tetap datang kepada negara jiran dan juga Indonesia,”katanya dalam wawancara khas bersama CNN Indonesia pada 25 Januari lalu.

Mindanao dikenali sebagai kawasan yang dijadikan tapak sekelompok militan dan pemberontak Filipina termasuk Abu Sayyaf.

Sesetengah pihak menganggap wilayah tersebut berpotensi menjadi markas baru kelompok teroris ISIS oleh kerana sejumlah kelompok bersenjata di sana mengaku memberi taat setia kepada kumpulan teroris tersebut.

Mohamad walaubagaimanapun mengakui kerajaan berhadapan dengan beberapa kekangan bagi mengenalpasti kapal-kapal yang menceroboh negara bertujuan menculik nelayan.

Ini kerana katanya, penculikan yang berulang kali berlaku di perairan Sabah disebabkan kurangnya  kelengkapan senjata dan  ia perlu dipertingkatkan lagi.

“Kadang-kadang kita nak mengenali mereka itu perlu peralatan yang lebih hebat kerana kita tidak boleh samakan nelayan yang menceroboh dengan kumpulan penculikan ini.

“Mereka datang mungkin dalam bentuk yang sama, tetapi kita perlu mengenali lebih awal langkah-langkah kumpulan ini. Ini yang masih perlu dipertingkatkan oleh Malaysia pada masa akan datang.

“Sebab itu, kita akan terus berusaha bersama dengan Indonesia dan Filipina untuk mempertingkatkan kerjasama dan kita akan menambahkan kelengkapan untuk menjaga keamanan di situ,” katanya

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production