Perhimpunan berikrar ‘Sumpah Padang Timur’

Pemuda Pakatan Harapan membacakan ikrar.

Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi malam ini membayangkan kesungguhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan(NGO) untuk menawarkan kerajaan alternatif.

Mereka berikrar bersama peserta perhimpunan bagi menghapuskan kleptokrasi sambil mengangkat plakad “Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi”.

Ikrar Sumpah Padang Timur kemudian dipimpin Pemuda Pakatan Harapan.

Ikrar berkenaan antara lain menekankan akan menjadi warga yang bersatu padu berpaksikan perlembagaan dan undang-undang.

“Menjadi negara yang berintegriti, rakyat yang bermaruah, berjati diri, akan membebaskan negara tercinta daripada pemimpin yang rasuah,” dipetik daripada ikrar tersebut.

Peserta berbilang kaum turut bersemangat berikrar selama kira-kira enam minit.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni.

“Biar putih tulang, jangan putih mata, kerana Malaysia ini kita punya,” akhiri ikrar tersebut.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 5.0
CATEGORIES