Perhimpunan Bersih 5 desak tindakan ke atas MO1

Perhimpunan Bersih 5 desak tindakan ke atas MO1

Bersih 2.0 mengumumkan satu perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 akan diadakan dalam masa terdekat  bagi menuntut tindakan sewajarnya diambil berkaitan skandal 1MDB yang turut membabitkan 'Malaysian Official 1 (MO1).

Bersih 2.0 mengumumkan satu perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 akan diadakan dalam masa terdekat  bagi menuntut tindakan sewajarnya diambil berkaitan skandal 1MDB yang turut membabitkan ‘Malaysian Official 1(MO1).

“Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.

“Masa dan tarikh aksi BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Pengerusinya Marina Chin Abdullah   pada sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Marina Chin AbdullahMenurut beliau, rakyat tidak ada pilihan lain selain daripada berhimpun ekoran tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

“Menurut Maria juga, Bersih 2.0 juga sedang memberi fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan himpunan itu.

Ia termasuk mengadakan rundingan berterusan dengan semua pihak dan gerak kerja mobilisasi Bersih 5 akan bermula dari sekarang.

Katanya, cadangan untuk turun ke jalanan adalah tindakan yang tepat kerana sebagai rakyat negara ini, mereka perlu mengambil pendirian tegas terhadap skandal rasuah terbesar negara ini.

“Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti.

“Kini, mereka harus menyiasat, menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 (MO1) akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinet harus letak jawatan serta-merta,” katanya.

Maria berkata keputusan untuk turun ke jalanan itu adalah sebagai membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini.

Sebaliknya, katanya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan Jawatankuasa Khas 1MDB (1MDB Task force).

Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; menukar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamad dan dua pegawai kanan suruhajaya itu.

“Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.

“Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran.

“Bersih mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini,” katanya.

TAGS