Perihal ketenangan hati

Perihal ketenangan hati

Hanya dalam sengkang masa beberapa hari sahaja kita dihidangkan dengan dua berita yang amat mengejutkan, at least to me lah.

Dua tokoh selebriti dunia dari Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia kerana membunuh diri. Puncanya? Dilaporkan kerana kemurungan (depression).

Seorang selebriti itu seorang wanita iaitu pereka fesyen terkenal, Kate Spade. Beliau membina empayar fesyen melalui tandatangan beliau di beg tangan (her signature handbags). Dilaporkan beliau membunuh diri di apartment beliau.

Yang terkini tukang masak selebriti US (US celebrity chef), Anthony Boardain dilaporkan juga membunuh diri. Katanya di bilik Hotel di Perancis.

Saya suka tonton rancangan masak beliau di Astro dalam “Parts Unknown”. Saya setuju dengan kata-kata Presiden Donald Trump bahawa “he was quite a charater“. Precisely.

Saya teringat dalam satu rancangan masak beliau, tidak silap saya di Sumatera, beliau menyatakan ketenangan hatinya bila mendengar suara azan subuh berkumundang.

Semalam semasa iftar di De Palma Hotel, artis Jay Jay berhenti menyanyi sebentar kerana hormati azan Isya’ dan Jay Jay juga sebut tindakan YB LGE yang hormati azan semasa buat sidang akhbar.

Oh maaf..lupa saya.. bukankah ada orang kata yang YB LGE dan partinya adalah kafir harbi..awatlah si kafir harbi tu hormat azan? Dia bukan suci pun.

Apa ciri persamaan kedua-dua selebriti tersebut? Ya, kemasyhuran. Tapi malangnya, even kemasyhuran tidak boleh membeli ketenangan hati.

Seorang aktor Hollywood menyimpulkan tragedi ini dengan begitu indah “it illustrates that success is not immune to depression” (” ia menggambarkan bahawa kejayaan tidak kebal dari kemurungan”).

Saya teringat kata-kata Dr Yusuf Al Qardhawi dalam bukunya “al-iman wa al-hayatu” (“Iman dan kehidupan”), bagaimana beliau kata “ketenangan hati” adalah yang hakikatnya yang diburu oleh manusia di dunia ini.

Bagi kita – orang Islam – kita yakin dengan janji Allah bahawa ketenangan hati itu hanya diperolehi dengan mengingati Allah.

Allah lebih tahu.

CATEGORIES