Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 30 Jan

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 30 Jan

 

Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjut sehingga 30 Jan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata ia yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung dikenakan bagi memastikan kawasan perairan Sabah tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta kedatangan pelancong luar negara di pulau-pulau peranginan. — BERNAMA

TAGS