Malaysia Dateline

Perisytiharan harta Kabinet PN melepas batuk di tangga sahaja

Persytiharan harta yang dibuat oleh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menimbulkan banyak persoalan apabila ia dilihat tidak lengkap dan seolah-olah sekadar mengiytiharkan sahaja bukan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap.

Ini berikutan banyak kekeliruan yang timbul dari periytiharan itu berbanding fakta yang sebenarnya seolah-olah ia dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

“Apa jadi kepada aset Datuk Seri Mohd Redzuan. Masa dengan PH asset dia RM23 juta. Now (sekarang) tinggal antara 8.5 – 10 juta,” tanya seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Datuk Jahat Hensem.

Ada yang beranggapan Mohd Redzuan telah diperangkap PN sehingga asetnya kini sudah berkurang dan tidak kurang juga yang menyindir beliau sudah cairkan asetnya untuk membina kereta terbang.

“Dah masuk perangkap. Tak sampai 22 bulan aset dah susut RM10 juta,” kata pengguna @jainismo.

Begitu juga aset yang disytiharkan oleh dua pemimpin kanan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Hishamuddin Hussein yang seolah-olah mempunya harta yang sama banyak.

Menteri Kanan Azmin mengisytiharkan beliau mempunyai aset antara RM1 – 2.5 juta. Begitu juga Menteri Luar Datuk Hishamuddin yang mengisytiharkan mempunyai RM1 – 2.5 juta aset sahaja.

Pengisytiharan yang dibuat oleh Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan juga dipertikaikan kerana beliau mengisytiharkan mempunyai harta tidak sampai RM1 juta.

Padahal semua orang tahu beliau mempunyai harta yang banyak termasuk dalam bentuk hartanah dan juga kenderaan mewah termasuk motosikal berkuasa tinggi.

Ekoran periytiharan itu juga, bentuk pengiytiharan itu dipertikaikan kerana ia terlalu ringkas berbanding dengan perisytiharan yang dibuat oleh Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilihat lebih telus dan terperinci.