Periuk cepat sangat hitam, rupanya api warna oren jadi punca, ini cara mudah nak betulkan ia

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya semua ada periuk dengan bahagian bawah hitam kerana api, rupanya ada cara untuk selamatkan perkakas dapur tersebut.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kak Nana tampil membantu mereka untuk membaiki dapur yang mengeluarkan api berwarna oren.

Api dapur gas tiba-tiba bertukar oren? Habis berjelaga periuk kesayangan. Nak sental periuk tu mahu sado tangan nanti.

Mesti rasa nak beli dapur gas baru terus tapi alahai harga bukanlah murah. Siapa pernah alami situasi ini?

Ni dapur gas yang biasa tu. Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren atau merah.

Caranya:

  • Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
  • Spray dengan anti karat (ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
  • Dan pasang semula tungku api tersebut.
  • Jika api masih oren atau merah juga maka boleh la tukar tungku api atau minta suami anda belikan dapur gas yang baru.

1. Nampak tak api jadi warna oren. Ni kalau letak periuk atau kuali, tak sampai seminit mesti hitam periuk tu.

2. Pertama sekali, pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu)

3. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).

4. Nah hasilnya, tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapur gas baru. Alhamdulillah jimat duit.

Buat mereka yang menggunakan dapur kaca pula, seorang pengguna Facebook lain tampil menyelesaikan isu tersebut.

Baca juga: Bukan calang-calang, ini rupanya latar belakang bakal isteri Tengku Muhammad