Periuk, kuali cepat hitam sebab api oren? Ini tips penting untuk selamatkan barang dapur anda

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya semua ada periuk dengan bahagian bawah hitam kerana api, rupanya ada cara untuk selamatkan perkakas dapur tersebut.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kak Nana tampil membantu mereka untuk membaiki dapur yang mengeluarkan api berwarna oren.

Api dapur gas tiba-tiba bertukar oren? Habis berjelaga periuk kesayangan. Nak sental periuk tu mahu sado tangan nanti.

Mesti rasa nak beli dapur gas baru terus tapi alahai harga bukanlah murah. Siapa pernah alami situasi ini?

Ni dapur gas yang biasa tu. Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren atau merah.

Caranya:

  • Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
  • Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
  • Dan pasang semula tungku api tersebut.
  • Jika api masih oren atau merah juga maka boleh la tukartungku api atau minta suami anda belikan dapur gas yang baru.

1. Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu

No photo description available.

2. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )

No photo description available.

3. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).

No photo description available.

4. Nah hasilnya, tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapur gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy.

No photo description available.

Buat mereka yang menggunakan dapur kaca pula, seorang pengguna Facebook lain tampil menyelesaikan isu tersebut.

Jimat duit dan sakit kepala daripada terpaksa korek tabung untuk beli dapur baru.

Baca juga: Ramai mak-mak salah pilih udang, rupanya ada 4 cara nak tahu udang segar, isi pun manis