Perjanjian kontrak HSR KL-SG dibatalkan

Tandatangan Perkara-Perkara Perjanjian dan Syarat-Syarat Kontrak untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) yang dijadualkan esok tidak akan lagi berkuatkuasa.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Gamuda Bhd dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) berkata, kedua-dua pihak sudah menerima surat daripada MyHSR Corp Sdn Bhd untuk menangguhkan sebarang rundingan berkenaan Perkara-Perkara Perjanjian, Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran terhadap pembatalan projek HSR KL-SG.

Konsortium MRCB-Gamuda dilantik sebagai rakan penyampai projek untuk kerja-kerja di bahagian utara projek HSR KL-SG oleh MyHSR Corporation.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembatalan projek mega HSR dan Laluan 3 Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) bagi mengurangkan beban hutang negara.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, projek-projek itu akan memerlukan pembiayaan yang amat besar jika diteruskan kerana pinjaman negara sedia ada sudah tinggi.

Projek HSR antara Malaysia dan Singapura sebelum ini dijadualkan siap pada 2026 dengan melibatkan landasan sejauh 350 kilometer.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS