Perjuangan Islam masih jauh, kata Nasrudin

Perjuangan Islam masih jauh, kata Nasrudin

Ketua Penerangan Pas Pusat  berkata, untuk menegakkan syariat Allah swt di tanah air masih lagi jauh dan memerlukan pengorbanan hyang tinggi rakyat walaupun BN berjaya ditumbangkan dan Datuk Seri Anwar berjaya dibebaskan.

“Jika saudara berjuang untuk menumbangkan BN, kini BN telah tumbang.

“Jika saudara berjuang untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin Dato’ Seri Anwar telah dibebaskan.

“Jika saudara berjuang untuk menegakkan syariat Allah swt di atas tanahair bertuah ini, ketahuilah bahawa perjuangan Islam ini masih jauh dan memerlukan pengorbanan tinggi dari setiap kalangan kita,” ujarnya dalam kenyataan hari.

Beliau dipercayai merujuk kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjaya menumbangkan BN dan menewaskan Pas.

Manakala semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dibebaskan setelah mendapat pengampunan tanpa bersyarat daripada Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V melalui Lembaga Pengampunan.

Semalam beberapa pimpinan Pas turut mengucapkan tahniah kepada Anwar yang dibebaskan.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS