Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perjumpaan PM, Hadi ubah landskap politik hanya tafsiran umum, kata Anwar

Perjumpaan PM, Hadi ubah landskap politik hanya tafsiran umum, kata Anwar

BernamaJanuary 24, 2020 7:00 am




Pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi kononnya bakal mengubah landskap politik negara, hanya tafsiran umum.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dr Mahathir bebas berjumpa sesiapa sahaja malah pertemuan itu juga hanya pertemuan biasa.

“(Perubahan landskap politik negara) itu tafsiran umum…setakat yang PM (perdana menteri) beritahu ianya begitu (perjumpaan biasa). PM Mahathir kata dia boleh jumpa sesiapa, dia jumpa saya kerap lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Sosial Islam 2020 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau turut mempunyai rancangan untuk berjumpa dengan Abdul Hadi, beliau berkata tiada masalah untuknya berjumpa dengan sesiapa.

“Saya tiada masalah untuk jumpa sesiapa…saya tidak ambil permusuhan peribadi dengan sesiapa,” katanya.

Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan Dr Mahathir menerima kunjungan Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production