Perkahwinan kelompok akan dilaksana di Johor, kata Exco

Perkahwinan kelompok akan dilaksana di Johor, kata Exco

Kerajaan Negeri Johor mencadangkan tawaran yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Johor sebelum ini untuk permudahkan perkahwinan di negeri ini akan dilaksanakan kelak.

Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Johor,Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu sudah sampai ke mesyuarat Exco dan Menteri Besar.

“Kami memandang serius berkenaan isu pergaulan bebas yang berlaku di negeri ini. Cadangan untuk mempermudahkan perkahwinan akan diusahakan.

“Pemerhatian yang dibuat terhadap isu ini yang banyak membabitkan remaja atau anak muda yang kurang berkemampuan banyak terjebak dengan kes pergaulan bebas ini kerana tidak berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kemudahan seperti perkahwinan kelompok yang mengenakan kos minima dan munasabah akan dijalankan (dilaksana),” ujar beliau ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Sri Gading Johor semalam,

Aminolhuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Parit Yaani, turut mencadangkan agar  bayaran kursus perkahwinan dilupuskan bagi memberi ruang kepada pasangan yang ingin berkahwin mendapat didikan secara percuma.

“Pendidikan soal rumah tangga itu penting dan kita akan pertimbangkan untuk memberi kursus percuma.

“Cadangan ini hanyalah untuk pasangan yang berkahwin kali pertama serta yang beragama Islam sahaja,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 9.0