Perkahwinan tidak dapat restu Rosmah, netizen bongkar kisah Fazley dan Azrene selepas cerai

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mungkin ramai yang sudah mengenali sosok tubuh isteri kepada penyanyi yang juga chef terkenal Fazley Yaakob merupakan anak kepada isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Hari ini artis itu mengumumkan mereka pasangan suami isteri sudah pun berpisah.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” jelas Fazley seperti dipetik Awani.

Fazley telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh edah telah pun tamat pada beberapa minggu lalu.

Selepas berita pengumuman itu, netizen mula menyingkap kisah lama berkenaan kisah hidup pasangan itu.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Memetik laporan Mstar pada tahun 2018, Fazley berkata, beliau dan isteri tidak pernah menyimpan perasaan tidak baik terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak itu malah menganggap Rosmah sebagai ibu kandungnya.

“Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya.

“Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga,” katanya seperti dipetik oleh Mstar Online.

Kini selepas bercerai, keempat-empat anak pasangan tersebut kini di bawah hak jagaan bersama.

Dalam pasa itu, Fazley juga memberitahu bahawa hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik seperti sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.

baca: Tak kisah dipanggil ‘duda hot’, Hisyam Hamid nak fokus dengan anak dan ibu sahaja