Malaysia Dateline

Perkasakan Rahmatan Lil Alamin tangani dua pertembungan ekstrem

Perwakilan Johor, Noor Khalim Sakib menggesa kepimpinan AMANAH Nasional menangani dua pertembungan melampau yang menggugat kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, gagasan Rahmatan Lil Alamin perlu diterjemahkan untuk mengatasi sentimen pertembungan
fahaman perkauman dan liberalisme demokrasi.

“Satu pihak rasa haknya diambil orang. Begitu juga, satu pihak yang hiper menganggap haknya terjejas.

“Kepimpinan AMANAH seolah-olah membenarkan itu berlaku. Di manakah kita meletakkan diri kita untuk menangani dua pertembungan ekstrem?” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam slot
Perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2019 AMANAH di IDCC, Shah Alam pagi ini.

Sehubungan itu, Noor Khalim menyifatkan AMANAH perlu mengamalkan kesejahteraan untuk mengimbangi dua pemikiran tersebut.

“Seharusnya, dalam suasana pertembungan tersebut hendaklah kepimpinan AMANAH melangkah ke hadapan untuk mensejahterakan pertembungan itu.

“Harus kita perkasakan slogan Rahmatan Lil Alamin bukan sekadar manis di bibir,” tegasnya.

Beliau mengingatkan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu perlu mengakar ke bumi dan menyantuni segenap lapisan masyarakat.

“Bukan sekadar ungkapan retorik sahaja.
Kepimpinan AMANAH perlu bersungguh-sungguh menunjukkan komitmen kita untuk menterjemahkan slogan tersebut.

“Perlu turun ke bawah untuk memperkasakan komunikasi kita bagaimana isu-isu semasa yang berlaku dalam Malaysia Baharu ini,” ujarnya lagi.