Perkeso keluar lebih RM300 ribu kompaun kepada majikan gagal daftar pekerja

Perkeso keluar lebih RM300 ribu kompaun kepada majikan gagal daftar pekerja

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengeluarkan kompaun berjumlah lebih RM300,000 kepada majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed berkata ia melibatkan 500 majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka dalam tempoh pemutihan yang ditetapkan sepanjang Mac lepas.

“Perkeso telah memberi notis pemberitahuan dan memberi tempoh (pemutihan) selama sebulan pada 1 hingga 31 Mac lepas bagi majikan dan pekerja mendaftar dengan Perkeso,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya dalam Ops Kesan pada 1 April lepas, Perkeso telah memeriksa 1,961 majikan di seluruh negara.

Beliau berkata mulai 1 Jun 2016 melalui peruntukan Seksyen 5(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) Pindaan 2016, semua majikan yang menggaji seorang pekerja atau lebih wajib mendaftar dengan perkeso bagi memberi perlindungan insurans tanpa mengira had gaji yang dibayar kepada pekerja.

Caruman Perkeso adalah untuk melindungi pekerja sekiranya berlaku perkara-perkara atau kemalangan ketika menjalankan tugas, katanya.

TAGS