Perkhidmatan bas Nadiputra di Putrajaya terhenti hari ini

Perkhidmatan bas Nadiputra di Putrajaya terhenti hari ini

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Pengangutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn Bhd memaklumkan bas Nadiputra tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Kenyataan itu menyebut bas Nadiputra sedang menghadapi permasalahan dengan pemandu yang tidak mahu bekerja pada har ini 14 Ogos 2018.

Tanpa dinyatakan puncanya, kenyataan itu menyebut Nadiputra sedang berunding dengan pihak pemandu untuk memulihkan kembali perkhidmatan bas seperti biasa.

Sabtu lalu, BH mendedahkan khidmat bas Nadi Putra yang disediakan untuk kemudahan penduduk Putrajaya serta orang ramai yang mahu berurusan atau melancong, kian merosot dan dikhuatiri boleh menjejaskan imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkenaan.

Selain gagal mematuhi jadual perjalanan dan sering lewat, bas juga didakwa banyak mengalami kerosakan dipercayai kerana gagal diselenggara dengan baik, menyebabkan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan pengguna bertukar jadi menyusahkan.

Mengikut maklumat Kesatuan Pekerja Nadi Putra, jumlah penumpang tahun ini merosot sehingga purata 76,000 sebulan, berbanding mencecah 150,000 sebulan yang direkodkan sebelum ini, dikatakan akibat pengurangan jumlah dan laluan bas kerana masalah kerosakan

1.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 3.0