Perkukuhkan Pakatan Harapan pencabar utama BN

Perkukuhkan Pakatan Harapan pencabar utama BN

 

Sabar-sabar menanti penditilan keputusan mesyuarat Amanah Nasional hari bersabit dua pilihan raya kecil P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar. Syor kami akan dimajukan ke sidang Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam waktu terdekat. Amanah mahu mempastikan amalan membuat pengumuman secara ‘unilateral’ tidak dibudayakan di kalangan pemimpin komponen parti-parti Pakatan Harapan . Lalu kami mesti buktikan dengan amalan kami dahulu.

Amalan ini, kami yakini akan memperkuat keutuhan solidariti muafakat politik Pakatan Harapan sekaligus memperteguh keyakinan dan tanggapan rakyat-pengundi akan kesepaduan Pakatan Harapan serta mengelakkan pelbagai silap-tanggapan terhadap Pakatan Harapan.

Kesilapan Pakatan Harapan dalam pengalaman buruk PRN Sarawak di kalangan parti-parti konponen Pakatan Harapan sendiri wajar menjadi iktibar dan tidak dizinkan berulang.

Pun begitu, amat mustahak untuk seluruh ahli serta pemimpin dan jentera akar-umbi untuk mula digerakkan. Kita wajar diingatkan bahawa seteru dan lawan politik akan memunggah segala kekuatan mereka dan datang dengan pelbagai makar politik jahat serta tipu-helah strategi mereka untuk memporakperandakan pihak pembangkang demi menjamin kelangusangan penguasaan mereka.

Ketegasan dan keprihatinan kepimpinan Pakatan Harapan akan persoalan  ini adalah mustahak dan kritikal.

Kalau PRK ini merupakan test-case terakhir pertembungan dan pengukuran kekuatan anatara Barisan Nasional versu Pakatan Harapan, maka sangat penting untuk dibuat persediaan yang rapi dan keserentakan kerja-jentera yang berkesan di kalangan komponen-komponen Pakatan Harapan.

Sebab itu sangat mustahak untuk dijelaskan bahawa persaingan pilihanraya kecil ini mesti dilihat dalam rangka dan perspektif lebih besar lagi yakni PRU ke-14 akan datang. Jelasnya persaingan penentuan kuasa dalam landsakp pilihanraya PRU ke-14 adalah antara blok BN versus Pakatan Harapan.

Maka wajar dipertingkatkan segera keupayaan dan solidariti PH dengan kita menyeru supaya keserasian dan kemantapan kerja mesti digerakkan awal dalam rangka memenuhi seruan Bersiap-siaga. 

TAGS