Perlekeh ambil degree, netizen kecam ‘TikToker’, padahal diri sendiri tengah ‘extend’ semester

Oleh MALAYSIADATELINE

Masih ada anak muda terlalu kagum akan mereka yang hidup bergantung kepada media sosial semata hingga menganggap belajar di menara gading ini adalah satu kerugian.

Umum tahu semua pelajar gigih mencari ilmu hingga sanggup mencari duit lebih untuk belajar di universiti.

Namun ada yang menganggap ia satu kerugian malah menyatakan mereka masuk universiti bukan untuk ilmu tapi hanya untuk dapatkan pekerjaan.

Tular di media sosial mengenai seorang ‘TikToker’ yang menyatakan bahawa mengambil degree bukanlah sebahagian matlamat hidupnya.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa universiti tempatnya belajar seharusnya berterima kasih kerana dia membayar mereka untuk sekeping kertas Ijazah Sarjana Muda (degree).

“Sebab degree ni tak ada kaitan dengan aku punya life goal (matlamat hidup), aku tak nak kerja dengan orang, ilmu ‘bocah’ apa, degree tu kita beli.

“Dia mahal, guna duit. Kalau setakat nak dapat ilmu dekattempat lain pun ada ilmu. Orang buat degree bukan sebab nak ilmu, dia nak pekerjaan, sebab kita bayar kan.

“Jadi universiti terhutang budi dengan aku bukan aku terhutang budi dengan mereka, universti kata dia bagi aku ilmu.

“Tak. Aku bagi kau duit, kau bagi aku degree,” katanya dalam satu podcast.

Rata-rata netizen memerli pemuda tersebut dan meminta untuk berhenti daripada belajar di universiti jika benar ia tidak membantu.

“Kalau tak membantu, kenapa dia extend? Drop out la. Banyak je yang dah tahu degree tak bantu jadi mereka memang tak masuk universiti, terus kerja,

“Jadi kalau degree tak membantu, tapi nak kerja 100 peratus pun tak nak mula lagi, ilmu apa dia cari.

“Kalau inilah standard budak universiti sekarang, sia-sia belajar. Orang Bangladesh yang berpelajaran jauh lebih baik daripada budak macam ni.

“Memanglah ada ilmu yang percuma, ada ilmu yang kena bayar. Tak semuanya senang kalau nak jadi pandai dan berilmu,” antara komen netizen.

Baca juga: Senang je minta tumpang percuma, netizen puas hati tak ada kereta tumpangkan ‘bagpacker’ Mat Saleh