Selepas memperlekeh golongan B40 suka ‘singgah lepak’ lorong Touch ‘n Go, seorang pengguna Facebook ini didapati ‘ghaib’ ekoran dikecam orang ramai.
Terdahulu, kata pemilik akaun Tea Zack itu, lorong Touch ‘n Go merupakan lorong kegemaran B40 merujuk pada barisan panjang setiap pagi pada hari bekerja.
Lebih celupar ujarnya, golongan B40 tidak mampu untuk membeli tambah nilai ‘lam sam’ (sepatutnya ditulis ‘lump sum’) bagi tempoh sebulan.
“Geng B40 yang naik motosyckle (sepatutnya: motosikal) nanti aku post lain, korang pun tak terlepas dari maki hamun aku ye,” katanya angkuh di laman Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.
Namun, hantaran itu kemudiannya didapati ‘hilang’ selepas dikatakan ‘diugut’ akan dicari alamat protokol internet (IP).
“Tangan laju menulis macam-macam. Kena ugut nak trace alamat IP laju pula dia hilang. Mungkin nak pergi report cover diri agaknya,” komen warganet.
Ada juga berpendapat ‘budak’ itu yang berlebihan maki hamunnya terhadap B40 tidak mustahil akan ‘kena kutip’ suatu masa nanti.
“Dapat last location memang kena kenduri budak ribena ni,” kata seorang netizen lagi.
Baca juga Kecoh persoal kerusi duduk: ‘B40 ni masalahnya lebih suka bayar duit rokok’