Malaysia Dateline

Perlembagaan Persekutuan: Apa beza ahli akademik yang menjual diri dengan pelacur di Lorong Haji Taib

Pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Emeritus Datuk Dr Hj Shad Faruqi yang merupakan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya menegaskan dalam salah satu tulisan beliau yang tersiar di media yang dibawah Artikel 4 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi di negara ini. Mana mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah di anggap tidak sah setakat mana ianya bertentangan.

Dr Shad pernah mengajar penulis pada tahun 1985 dan 1986 dan menekankan kepentingan untuk menyebut sesuatu undang undang dengan tepat . Ramai yang akan menyebut Perlembagaan Malaysia atau ‘the Constitution of Malaysia’. Sebenarnya yang amat tepat untuk disebut bila merujuk kepada Perlembagaan negara kita ialah Perlembagaan Persekutuan atau ‘Federal Constitution’.

Perlembagaan Persekutuan menjamin pemisahan kuasa antara 3 badan utama negara iaitu Kehakiman, Legislatif dan Eksekutif. Ketiga-tiga badan ini adalah sepatutnya berfungsi dengan bebas dan berasingan. Tujuan pemisahan ialah supaya ketiga-tiga badan ini saling melakukan semak dan imbang supaya tiada mana mana satu daripada 3 badan ini boleh melakukan tindakan melampaui bidang kuasa masing-masing.

Di atas ketiga-tiga badan ini pula ialah Yang Di Pertuan Agong yang menjadi payong kepada sistem semak dan imbang ketiga-tiga badan yang disebutkan tadi. Yang Di Pertuan Agong pula di pilih oleh Majlis Raja Raja dan yang menyemak Yang Di Pertuan Agong ialah Majlis Raja-Raja dan juga Yang Di Pertuan Agong boleh di saman dalam tindakan sivil atau di dakwa dalam Mahkamah Khas untuk sebarang kesalahan jenayah.

Perlembagaan Persekutuan juga asas sistem demokrasi berparlimen negara kita yang memperuntukkan pilihanraya umum perlu di adakan setiap 5 tahun. Mana mana pihak atau komponen parti parti politik yang menang di undi majoriti rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dan calon Perdana Menteri di tentukan oleh gabungan komponen parti parti yang menang berkenaan.

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya umum boleh membawa kes mereka ke Mahkamah Khas Pilihanraya sehingga selesai rayuan di peringkat Mahkamah tertinggi negara kita. Dan jika ada yang masih tidak berpuas hati perlu lah menunggu pilihanraya umum yang akan datang dan bertanding sekali lagi untuk mengetahui samada mereka akan di pilih oleh rakyat atau tidak.

Rampasan kuasa bukanlah sebahagian daripada sistem demokrasi negara malah ianya satu kesalahan jenayah yang serius di bawah Kanun Keseksaan. Kanun Keseksaan memperuntukan sebagai satu jenayah sekiranya mana mana pihak cuba mensabotaj sistem demokrasi negara dengan mensabotaj kerajaan yang di pilih secara sah menerusi sistem pilihanraya umum yang di adakan setiap 5 tahun.

Seterusnya Kanun Keseksaan juga memperuntukan sebagai satu kesalahan jenayah sekiranya mana mana pihak cuba mensabotaj ekonomi negara hingga menyebabkan kerugian besar kepada negara dalam masa rampasan kuasa berkenaan. Media melaporkan selepas beberapa hari sahaja rampasan kuasa berlaku dalam negara kita pasaran modal negara kerugian dan kehilangan kira-kira RM43 billion.

Ringkasnya, segala sistem untuk menukar kerajaan persekutuan secara sah telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu menerusi pilihanraya umum setiap 5 tahun dan jika di lakukan tanpa mematuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan maka ianya menjadi pelbagai kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Pemimpin gabungan parti parti politik boleh mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyembahkan jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mereka ada bagi membentuk kerajaan persekutuan supaya pemimpin berkenaan yang memiliki majoriti sokongan ahli ahli parlimen akan di lantik menjadi Perdana Menteri. Dan ini biasanya di lakukan selepas setiap kali pilihanraya umum di peringkat kerajaan persekutuan.

Penulis ingin mengabaikan kejadian pertukaran kerajaan negeri Perak tidak lama selepas pilihanraya umum ke 12 kerana ianya bukan sahaja konflik negeri yang boleh di perjelaskan mengikut perlembagaan atau undang undang tubuh Negeri Perak di lain penulisan, tetapi apa yang di bincang di sini ialah isu kerajaan persekutuan yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Justru perbuatan menyembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong satu senarai sokongan majoriti ahli parlimen yang berubah parti adalah bukan perkara semudah satu campur satu jadi dua.

Yang Di Pertuan Agong boleh menyiasat dan bertanya hingga baginda berpuas hati mengenai sokongan majoriti yang diperolehi dan jika perlu baginda boleh memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat setiap seorang ahli parlimen yang berubah parti serta baginda berhak memanggil badan badan siasatan lain seperti Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dsbnya untuk membantu baginda memastikan dengan tepat apa yang sebenarnya berlaku.

Setelah semua proses di atas selesai, barulah baginda menentukan samada wakil pimpinan sesuatu komponen parti benar benar mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen. Jika apa yang di persembahkan kepada baginda itu satu angka yang tidak benar maka ianya boleh di anggap menghina Yang Di Pertuan Agong yang secara tidak langsungnya seolah olah boleh di anggap seperti mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agong yang merupakan satu kesalahan jenayah yang amat serius di bawah Kanun Keseksaan.

YDH Ketua Polis Negara mempunyai, ‘command and control’ yang penuh terhadap pasokan PDRM di bawah Akta Polis 1967. Menteri Dalam Negeri lebih kepada isu isu logistik PDRM seperti menentukan belanjawan/bajet, meluluskan pembinaan balai/berek polis baru, membeli peralatan/senjata pasokan PDRM.

Manakala Panglima Angkatan Tentera pula mempunyai kuasa penuh terhadap pasokan ATM yang di payongi secara terus dibawah Perlembagaan Persekutuan oleh Yang Di Pertuan Agong . Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa apa perintah atas nasihat daripada Perdana Menteri yang menerima nasihat daripada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya di mana status kerajaan persekutuan belum jelas sahnya maka Yang Di Pertuan Agong berhak menerima nasihat terus daripada Panglima ATM, TUDM, TLDM.

Professor-professor kangkong berulang kali muncul di media kemungkinan bertujuan untuk mengampu Yang Di Pertuan Agong di samping secara tak langsung menggelirukan baginda dengan memanipusi artikel artikel Perlembagaan Persekutuan dan memberikan interpretasi interpretasi bagi menyokong kerajaan baru dengan memberikan sebab sebab yang lemah namun tidak di fahami oleh mereka yang di luar bidang perundangan.

Di manakah keberkatan ilmu yang dipelajari jika mereka ini memberikan pendapat perundangan yang kurang tepat dan menggelirukan mungkin demi untuk mencapai apa-apa matlamat peribadi.

Jika perempuan di Lorong Haji Taib Kuala Lumpur yang menjual diri kita panggil pelacur maka ahli ahli akademik yang menjual ilmu mereka dengan cara menggelirukan masyarakat bolehlah juga kita panggil pelacur.

Parlimen yang sepatutnya bersidang pada awal bulan Mac 2020 telah di tangguhkan kepada 18hb Mei 2020 atas alasan pandemic Covid 19. Namun pada 18hb Mei 2020 ini Parlimen akan bersidang cuma sehari sahaja untuk mendengar titah ucapan Yang Di Pertuan Agong tanpa mendengar sebarang usul atau perdebatan selain daripada ucapan menjunjung kasih atas titah Tuanku. Ini amat pelik sekali.

Pertamanya, kerajaan persekutuan yang baru yang muncul secara tiba-tiba yang mengejutkan para pengundi PRU 14 langsung belum di uji samada benar-benar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen kerana setakat ini rakyat hanya di maklumkan mengenai representasi yang mereka buat pada Yang Di Pertuan Agong yang mereka mempunyai sokongan majoriti. Justru, jika benar mempunyai sokongan apalah salahnya membuktikan sokongan berkenaan dalam Dewan Rakyat.

Kenapa pembuktian sokongan penting? Ini adalah kerana kerajaan yang baru ini telah meluluskan pelbagai peruntukan kewangan yang telah dan akan di belanjakan sepanjang masalah Covid 19 berterusan. Kesemua negara dunia yang mengamalkan sistem demokrasi termasuk United Kingdom dan Amerika telah mendapat kelulusan daripada pihak legislatif masing masing untuk menggunakan dana negara semasa Covid 19 dan samada badan legislatif mereka di kenali sebagai Parlimen ataupun Kongres itu bukanlah satu isu.

Kongres Amerika telah meluluskan perbelanjaan dana sejumlah USD 2 Trillion manakala House of Common , Parlimen ,United Kingdom telah meluluskan sebanyak 30 Billion Pound Sterling dengan 12 Billion Pound Sterling akan terus di gunakan untuk pelbagai tujuan berkaitan dengan Covid 19. Seluruh dunia kerajaan masing masing akan pergi mendapatkan kelulusan badan legislative masing masing agar ada satu sistem semak dan imbang bagi mengelakkan kemungkinan sebahagian amoun yang di umum di salah gunakan .

Datuk Mustapha Mohamad ada mengumunkan dalam satu program di Astro Awani yang ianya perkara biasa dan akan di bawa kemudian untuk kelulusan di Parlimen, maksudnya secara ‘backdated endorsement’.

Manakala YAB Perdana Menteri ke 8 pula berucap dalam siaran langsung di TV dengan berkata Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan akan dibawa ke Parlimen kemudian untuk di luluskan.

Adalah dengan rendah hati di hujjahkan disini kedua dua ‘backdated endorsement’ dan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan tidak boleh di buat kali ini walaupun pernah di buat berkali kali oleh kerajaan yang memerintah sebelum ini. Ini adalah kerana kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang baru muncul secara mengejut tanpa di pilih rakyat, ianya muncul menerusi rundingan sesama ahli parlimen untuk bertukar parti hingga menyebabkan kerajaan yang di pilih secara sah oleh rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke 14 tumbang.

Justru kerajaan yang baru belum pernah membentangkan apa apa belanjawan/bajet/RUU Perbekalan. Justru, bagaimana pula nak bentang belanjawan tambahan sedangkan belanjawan asas belum wujud.

Kerajaan PH ibarat syarikat pemaju perumahan sedang membina sebuah rumah dan belum sempat siap pun ‘foundation’ rumah berkenaan tiba-tiba kerja-kerja membina foundation terhenti mengejut. Tiba-tiba datang syarikat pemaju perumahan yang baru yang mengaku di lantik menggantikan PH hendak membina rumah baru di lokasi lain yang berdekatan dan bila di tanya tentang kelulusan plan serta kelulusan daripada semua pihak yang berkaitan, pemaju perumahan yang baru berkata tidak mengapa nanti kemudian dah siap rumah baru di lokasi berbeza nanti baru dapatkan kelulusan. Tidakkah akhirnya pihak yang berkaitan akan memerintahkan supaya rumah berkenaan di robohkan kerana tidak mendapat kelulusan awal.

Begitu juga dengan pelbagai pemecatan dan perlantikan dalam syarikat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya, boleh di pertikaikan status perlantikan dan pemecatan berkenaan kerana masih belum jelas selepas dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen tetapi peringkat untuk di buktikan dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya berlaku awal Mac lalu masih belum berlaku dan di jangka tidak akan berlaku pada 18hb Mei 2020 kerana agenda pada hari berkenaan ialah hanya semua yang berkait dengan titah ucapan Yang Di Pertuan Agong.

Jalan yang lebih patut di lakukan oleh kerajaan baru ialah membuktikan majoriti sokongan ahli parlimen adalah milik mereka, InshaaAllah selepas di buktikan mereka mempunyai sokongan majoriti maka segala tindakan dalam membelanjakan wang negara kerajaan baru dalam menghadapi Covid 19 akan lebih mudah untuk menjadi sah. Begitulah juga dengan perlantikan dan pemecatan pegawai pegawai tinggi dalam syarikat syarikat berkait dengan kerajaan.(GLC)

Akhir Qalam, pengundi PRU 14 sedang menunggu dan menanti untuk melihat samada kerajaan yang di kenali umum sebagai kerajaan tebuk atap ini benar-benar boleh membuktikan kesahihan status sebagai kerajaan persekutuan dan menjawap kecurigaan pengundi dengan kehadiran Lebai-Lebai yang di anggap pemanipulasi agama bertopengkan lembu kenyang dapat membuktikan jika sebenarnya mereka bukan begitu. Wallahualam.

——————-

Penulis ada seorang peguambela & peguamcara.