Hak kebebasan bersuara ini tidak dinikmati di sesetengah negara, malah hanya kerana satu komen di media sosial sekalipun boleh menyebabkan anda di denda.
Tahun lepas satu laporan tahunan mengenai kebebasan bersuara di seluruh dunia mendapati 84 daripada 195 negara kini dikategorikan sebagai ‘bebas’.
Ia dilihat meningkat berbanding 44 daripada 148 ketika edisi pertama diterbitkan pada 1973.
Bagaimanapun di Itali, hak kebebasan bersuara adalah lebih rendah apabila timbul isu membabitkan Perdana Menteri Giorgia Meloni dan seorang wartawan Giulia Cortese.
Cortese diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah €5,000 (RM25,478) kepada Meloni kerana catatan di media sosial yang mempersendakan ketinggiannya.
Menurut Perbadanan Penyiaran British (BBC), seorang hakim memutuskan bahawa dua tulisan Cortese di platform X turut dikenakan denda tertangguh sebanyak €1,200 (RM6,116).
Hakim itu memutuskan dua tulisan itu adalah fitnah dan menghina bentuk fizikal Meloni.
“Saya tidak fikir begitu. awak (Meloni) tak buat saya takut langsung. Lagipun, tinggi awak lima kaki. Saya tak nampak awak pun,” sindir Cortese di X.
Mengulas keputusan itu, Cortese memaklumkan kerajaan Itali mempunyai masalah serius dengan kebebasan bersuara dan pendapat termasuk daripada wartawan.
“Kerajaan Itali mempunyai masalah serius dengan kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat kewartawanan,” ujarnya seperti dipetik BBC News.
Baca juga: Kecoh tiupan angin dikaitkan dengan roh arwah Nur Farah, pendakwah tegur masyarakat jaga akidah