Perlis bebas wanita berbikini, lebih Islamik berbanding Terengganu

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat Perlis lebih Islamik berbanding Terengganu walaupun negeri di utara tanah air itu tidak mendakwa lebih Islamik.

Mengulas keputusan kerajaan Pas Terengganu yang tidak menghalang pelancong asing berbikini di kawasan pulau dan pantai, beliau berpendapat Perlis bebas wanita berbikini memandangkan negeri itu hanya mempunyai pantai selut dan benteng pemecah ombak.

“Orang Perlis jika mahu mandi laut, bina istana pasir, kena pergi Langkawi. Kalau lebih berduit, mereka ke Thailand. Di sana, macam-macam ada.

“Perlis bebas wanita berbikini di tepi pantai, tidak seperti Terengganu yang Exconya benarkan pelancong berbikini.

“Dari sudut ini, Perlis lebih Islamik berbanding Terengganu.

“Cuma dari sudut mengaku lebih Islamik, Terengganu lebih pandai. Maklumlah, negeri itu diperintah oleh parti Islam. Negeri Islamlah katakan!” sinis Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis berkenaan.

Semalam, Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah (gambar) dilapor berkata, kerajaan menghormati hak orang bukan Islam untuk berbikini walaupun asas perjuangan Pas ialah memartabatkan agenda Islam. 

“Setakat ini kita kekal dengan peraturan sedia ada, sebab pelancong ada hak mereka yang tersendiri khususnya bukan Islam (untuk berbikini).

“Kita bersikap toleransi dalam mengurus keadaan yang ada secara harmoni dan kasih sayang.

“Kebebasan diberi kepada pelancong bukan Islam dengan syarat ia tidak melampaui batas dan setakat ini keadaan di pulau pelancongan terkawal dan pemantauan dibuat,” katanya yang juga Adun Bukit Payong itu dipetik dari FMT.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS