Malaysia Dateline

Para jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Negara hari ini bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.-Foto Bernama.

Perlis benarkan solat Jumaat bersyarat, 15 Mei ini

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini membenarkan umat Islam negeri itu menunaikan solat Jumaat bermula 15 Mei ini dengan bersyarat.

Bagaimanapun kebenaran itu belum dapat diizinkan kepada masyarakat awam disebabkan ancaman penularan wabak yang belum tamat sepenuhnya, menurut MAIPs dalam satu kenyataan.

Peraturan ini disediakan untuk masjid-masjid di negeri Perlis bagi mendirikan solat Jumaat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran COVID-19 setelah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM).

Solat Jumaat yang didirikan hendaklah mematuhi ketetapan iaitu ;

1. Jumlah jemaah termasuk imam/khatib adalah tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada 3 orang.

2. Masjid pula tidak dibuka kepada awam sebaliknya mereka dibenarkan menunaikan solat Jumaat adalah dalam kalangan [pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

3. Setiap yang hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran

4. Individu berumur 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan hadir

5. Mereka yang bergejala demam, sesak nafas, sakit tekak, dan selesema adalah tidak dibenarkan hadir, begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelaj, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.

6. Melaksanakan penjarakan sosial termasuk semasa solat

7. Individu yang hadir wajib memakai pelitup muka termasuk ketika menunaikan solat

8. Mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri

9. Tempoh masa bermula azan hingga selesai solat adalah 15 minit sahaja

10. Tiada kontak fizikal dibenarkan seperti berjabat tangan di masjid sama ada sebelum atau selepas solat

11. Selesai solat hendaklah segera beredar dari kawasan masjid

12. Diutamakan untuk dilaksanakan di kawasan yang lebih terbuka seperti di anjung masjid

13. Dipertanggungjawab kepada semua pengerusi masjid untuk memastikan semua syarat dipatuhi. Masjid yang tidak mampu penuhi kesemua syarat dalam panduan ini tidak dibenarkan melaksanakan solat Jumaat