Perlu audit penyelenggaraan menyeluruh di semua PPR, kata Dr Wan Azizah

Perlu audit penyelenggaraan menyeluruh di semua PPR, kata Dr Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, audit penyelenggaraan menyeluruh perlu dilaksanakan di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ini susulan kejadian sebuah lif terhempas dan menyebabkan kecederaan terhadap lapan individu termasuk seorang kanak-kanak di PPR Kampung Kerinchi, petang ini.

“Terkejut mendengar insiden lif di pangsapuri PPR Kampung Kerinchi. Semoga diberikan kesembuhan yang sempurna,” katanya menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau, hari ini dan turut melahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa yang terlibat.

Sebuah lif yang dinaiki lapan individu termasuk kanak-kanak terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah di sebuah daripada bangunan PPR Kampung Kerinchi kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut