Perlu bayar saman sebelum keluar dari negara, MOT beri amaran keras kepada kenderaan asing

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu banyak kenderaan dengan nombor plat luar negara sangat berani melanggar undang-undang di Malaysia dengan memandu secara laju dan melulu.

Disebabkan itu bermula 1 Oktober ini Kementerian Pengangkutan bakal membuat Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Pada sama perkara ini adalah untuk memastikan semua kenderaan asing supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia.

Memetik Sinar Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan tidak akan melakukan ‘pusingan U’ dan serius dalam melaksanakan peraturan tersebut.

“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan. Mesejnya adalah jelas. Saya harap pemandu dari Singapura yang kerap masuk ke Malaysia patuh kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Jika sebelum ini mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan, jadi dengan pelaksanaan VEP dapat mengenal pasti setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dan melanggar undang-undang.

“Mereka perlu bayar saman dulu sebelum keluar dari negara kita,” ujar Anthony seperti dipetik Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan bahawa MOT akan melaksanakan sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura.

Dalam pada itu Anthony memaklumkan memberi tempoh masa dari sekarang buat kenderaan asing sama ada untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh.

Mereka juga boleh melengkapkan proses pendaftaran mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.

Sementara itu Anthony berkata, pelaksanaan VEP juga akan diperluas di sempadan darat Malaysia-Thailand.

Menurut Anthony, mana-mana individu yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia adalah melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta333).

Baca juga: Helmet tak sempat cabut, lelaki rela hadir temu duga atas motosikal untuk cari rezeki