Perlu bentang pelan penggunaan wang royalti untuk rakyat Kelantan, Terengganu

Perlu bentang pelan penggunaan wang royalti untuk rakyat Kelantan, Terengganu

Husam Musa ketika berucap dalam satu forum malam tadi.

Husam Musa

Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa dipetik, berkata kerajaan Negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan Persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya telah dengar kenyataan pemimpin Pas Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi AMANAH Kawasan Parlimen Tanah Merah malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama mengenai royalti minyak, sasaran perolehan wang royalti minyak sebanyak RM1.6 bilion setahun yang akan disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu pula, akan digunakan bagi kepentingan rakyat tempatan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Menteri Besar Terengganu, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,dpetik berkata, menerusi penyaluran royalti itu, kerajaannya mahu memperkasakan rakyat menerusi penyediaan peluang pekerjaan dan pendidikan.

Bagaimanapun, katanya, ia memerlukan perancangan sederhana dan memerlukan tempoh panjang bagi agihan itu lapor BHonline hari ini.

Justeru, sekiranya royalti petroleum ini disalur terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui mana-mana jabatan mahupun agensi maka rakyat tempatan akan menerima manfaat yang lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sebuah rancangan tv9, ‘Borak Kopitiam’ di Sri Pentas, pagi tadi.

Dr Ahmad Samsuri juga berkata negeri Terenggnau kaya dengan hasil dalam negeri, namun sejak zaman 70an, rakyat masih belum keluar dari kepompong kemiskinan di negeri itu.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS