Perlu kajisemula dasar pembangunan masyarakat Melayu babitkan agensi, jabatan kerajaan

Perlu kajisemula dasar pembangunan masyarakat Melayu babitkan agensi, jabatan kerajaan

Kerajaan harus mengkaji dasar berkaitan pembangunan masyarakat Melayu pelbagai agensi dan jabatan dibawahnya.

Demikian Deklarasi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) 1440 Hijrah yang telah menggariskan 10 perkara sempena Himpunan Penggerak Melayu Kebangsaan ke 20 yang telah diadakan di Sungei Petani kelmarin.

Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, antara lain deklarasi tersebut turut menyarankan kerajaan supaya memastikan kedudukan tanah rizab Melayu dilindungi dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan harus memastikan tanah-tanah rizab Melayu diurus selia dengan sebaik mungkin serta pembangunan yang menguntungkan masyarakat Melayu dalam jangka masa panjang.

“Manakala peneroka Felda pula perlu diberi jaminan termasuklah memastikan pengurusan berada dalam keadaan yang baik dan cekap serta menguntungkan peneroka.

“Sementara itu program bagi modal insan serta pembangunannya mestilah dilipatgandakan melalui penerapan nilai Islam serta pengurusan yang berintegriti, cekap dan juga beramanah, ” jelasnya.

Peserta Himpunan Penggerak Melayu Kebangsaan selepas Deklarasi Teras Pengupayaan Melayu di Sungei Petani.

Beliau juga berkata, fungsi dan keberkesanan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dikaji semula supaya matlamat asalnya untuk memartabatkan Bahasa Melayu dapat direalisasikan.

Selain itu ujarnya, kerajaan harus bersungguh-sungguh berusaha untuk membanteras kegiatan gejala sosial yang semakin berleluasa.

Tambahnya lagi, Majlis Raja-Raja Melayu, institusi agama Islam, ekonomi, profesional, ulama, institusi pendidikan serta juga media dan pertubuhan bukan kerajaan harus dinilai semula fungsi mereka supaya matlamat untuk memperkasakan pembangunan masyarakat Melayu menjadi realiti.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Kassim.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote