Malaysia Dateline

Perlu ke sehingga dipenjarakan?

1.Saya assume (anggap) laporan berita ini benar. Dan jika benar seperti yang dilapor, memang, bagi saya, hukumannya amat tidak wajar, tidak munasabah dan amat- amat tidak patut!

2. Ya, tidak pakai/ tidak guna “face mask” adalah satu kesalahan. Kita pun tidak kata ia betul.

Tetapi, menggunapakai unang-undang lagu ni pun, with due respect, boleh ditafsirkan juga sebagai tidak betul juga.

3. Persoalan timbul: perlu ke tahap perlu dikenakan hukuman penjara, apalagi 3 minggu penjara?

Saya tak pasti kenapakah fakta bahawa beliau dilaporkan membuka mask “as he wanted to take a breath” jika benar, tidak boleh dianggap sebagai satu faktor meringankan hukum” (mitigating factor)?

Tidakkah faktor tersebut boleh dikira faktor yang kuat untuk tertuduh hanya perlu dikenakan perintah “binding over” di bawah seksyen 173A Kanun Aturacara Jenayah @ Criminal Procedure Code (CPC)?

Binding over” ini melepaskan tertuduh dengan syarat tanpa direkodkan sabitan kesalahan.

4. Sewajarnya, pada hemat saya, YA Hakim Mahkamah Tinggi menggunakan budibicaranya menyemak semula di bawah CPC untuk melakukan “revision” ke atas keputusan yang saya yakin menimbulkan banyak tandatanya ini.

P/S Di Sepang sebelum ini saya ada menerima aduan seorang pekerja di Mitsui yang dikenakan kompoun RM1,000 kerana dia kata tak pakai face mask apabila nak minum air di kedai minum di pasaraya tersebut.