Malaysia Dateline

Perlu lebih ramai dibawah Khemah Besar pastikan kemenangan PRU15 jadi realiti

Khemah Besar perlu ramai anggota berada dibawahnya bagi memastikan agenda utama kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 menjadi realiti.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, khemah sekarang sudah besar setelah dianggotai oleh AMANAH, PKR, DAP dan UPKO.

” Khemah Besar sebenarnya telah dicadangkan semasa program pemukiman pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada April 2020 di Port Dickson dan beberapa ketetapan telah pun diputuskan di mana PH bersedia untuk berunding berdasarkan prinsip dan agenda reformasi bagi kepentingan rakyat,” katanya.

Perlu lebih ramai dibawah Khemah Besar pastikan kemenangan PRU15 jadi realiti

Bagaimanapun, Mahfuz mengingatkan PH dan oposisi tidak harus bertelagah antara komponen sendiri kerana ia akan memberi banyak kelebihan kepada pihak musuh dan melemahkan kekuatan sedia ada.

Sejajar dengan itu katanya PH akan meneruskan usaha bagi memastikan pembangkang bersatu dibawah gabungan.

Justeru katanya, PH perlu duduk semeja dan berbincang serta perlu mengingatkan pimpinan dan penyokong bahawa musuh sebenar tatkala ini ialah BN, Umno dan juga PN.

“PH mampu untuk menang dalam PRU ke-15 yang akan datang,” ujar beliau semasa program ‘The Perspektif’ pada Rabu.