Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perlu pastikan kerajaan tidak campur urusan mahkamah, gugur kes pendakwaan profil tinggi

Perlu pastikan kerajaan tidak campur urusan mahkamah, gugur kes pendakwaan profil tinggi

BernamaMarch 2, 2020 7:06 am




Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan politik.

“Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa… maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan… kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

Tan Sri Annuar Musa

“Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu  Datuk Dr Rais Hussin dalam program ‘BERNAMA 7.45’, terbitan Bernama TV, yang bertajuk ‘Hala Tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8’ di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata dalam masa sama terpulang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

“Kalau lantik atau tidak lantik, jangan hukum, kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan… maka saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman politik beliau dalam memilih barisan kabinetnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada tempat di kerajaan Muafakat Nasional untuk mereka yang rasis dan mahu menjadi hero kepada hanya satu bangsa tertentu sahaja.

“Meskipun gagasan ini didominasi orang Melayu namun kita tidak seharusnya hanya melihat kebajikan satu kaum sahaja… kabinet hanya untuk mereka yang menghargai kemajmukan dan sama-sama mainkan peranan.

“Saya pasti Perdana Menteri akan membariskan wakil rakyat pelbagai kaum di dalam kabinetnya… Insya-Allah Muhyiddin tidak akan memilih orang yang mendukung sikap rasis atau cauvinis,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production