Perlucutan gelaran MB, Najib dijangka mengadap Sultan Terengganu esok

Perlucutan gelaran MB, Najib dijangka mengadap Sultan Terengganu esok

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin seberapa segera berkaitan perkembangan terkini di negeri itu.

Difahamkan Najib akan mengadap Baginda Sultan esok.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) meminta semua pihak tidak membuta sebarang spekulasi tentang kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut beliau keadaan di Terengganu adalah berjalan seperti biasa.

Beliau berkata satu penjelasan akan diberikan selepas mengadap Sultan esok.

“”Saya berharap tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai perkara ini (kedudukan menteri besar) dan berharap semua urusan kerajaan dijalankan seperti Biasa,” katanya kepada media di Sarawak.

Najib memberi respon kepada spekulasi berhubung perlucutan semua darjah kesebaran Razif oleh pihak istana Terengganu.

TAGS