Malaysia Dateline

Perlukan 2, selepas lawatan MP, mereka dapat 4

Menghadapi masalah terputus bekalan air adalah satu suasana yang sangat memeritkan terutama bagi mereka yang tinggal di rumah flat yang tinggi.

Begitulah juga penduduk Flat Sri Nipah, Shah Alam. Terputus bekalan air akibat pencemaran air sangat memeritkan mereka.

Namun dengan mempunyai rakan yang sentiasa membantu, iaitu kakitangan pejabat Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam, ia sangat melegakan mereka.

Kelmarin Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam memohon dua lori tanker untuk Flat Sri Nipah bagi membantu penduduk di situ selepas bekalan air untuk flat mereka juga terputus.

Tetapi selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertemu sendiri dengan penduduk semalam, pihak Air Selangor bersetuju untuk memperuntukkan empat buah lori tangki untuk membantu mereka.

Lori-lori ini telah berjaya memenuhkan tangki air utama di flat berkenaan yang kering selepas bekalan air di kawasan mereka terputus.

Kerja-kerja memenuhkan tangki air di Flat Seri Nipah selesai lebih kurang jam 3 pagi hari ini selepas Khalid menziarahi mereka semalam.

Menurut satu kajian yang dibuat, perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam adalah antara yang terbaik di negara ini.

“Syabas diucapkan kepada pihak Air Selangor kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu penduduk yang terkesan akibat permasalahn ini,” kata Firdaus Mokhtar, Ketua Pemuda AMANAH Shah Alam yang turut berada bersama Khalid di Flat Sri Nipah semalam.

Bagi beliau kecekapan dan kesungguhan Air Selangor  dalam membantu penduduk yang menghadapi masalah bekalan ekoran masalah pencemaran yang dihadapi wajar dihargai.