Malaysia Dateline

Permainan nombor di kalangan ahli politik

1. Dua tiga hari ni ramai tak tidur. Memikirkan siapa pulak yang naik jadi PM Malaysia. Bukan saja calon PM yang tidak tidur, kita di rumah pun tak keruan juga. Bagi penyokong PN and BN, ramai risau pikirkan kalau DAP naik kembali. Bagi penyokong PH pula, ada yang takut UMNO Klepto berkuasa kembali. Bagi yang fence sitters atau bukan penyokong parti politik, all we want is a stable government to lead us through this pandemic. Kebanyakan yang neutral nak unity.

2. Cerita tentang PM ni, ramai masih lagi kurang paham. Nak jadi PM bukan nya ikut siapa pilihan Rakyat. Kalau ada yang guling guling atas tanah Istana Negara nak kan PM mereka naik pun, bukan Agong kisah. Bawah Perlembagaan aturannya ialah siapa yang dapat undi majoriti Ahli Dewan Rakyat, dialah layak jadi PM: Perkara 43(2)(a).

3. Pengiraan majoriti ni pulak bukannya siapa yang paling banyak undi. Maksud majoriti ialah undi kena lebih daripada separuh ahli dewan. Sekarang Ahli Dewan ialah 220 orang. Makanya untuk dapat majoriti, seorang calon PM kena dapat undi sekurang-kurangnya 111 orang untuk bolehkan Agong lantik dia jadi PM. Lagi satu, yang buat undi ni ahli Dewan Rakyat (maknanya YB YB Kawasan Parlimen korang). Bukan ADUN dan Senator Dewan Negara. Makanya YB Jargon kegemaran ramai tak masuk dalam ini gambar.

4. Bila Agong pilih, dia bukan boleh suka suki pilih siapa dia nak. Calon PM yang menghadap dia kena tunjuk bukti yang dia dapat undi majoriti. Dulu-dulu cukup pakai indikator masa PRU. Tapi sejak YB YB kita ni makin bijak, melompat dan jadi katak, sekarang pengiraan undi bukan sahaja ikut peti Undi dan parti mana yang kita pangkah. Tapi, macam sekarang punya cerita, kena ikut sorang-sorang MP siapa yang dia nak.

5. Jadi semalam, YDPA dah bertitah, seorang-seorang MP kena bagi akuan bersumpah pada Agong. Calonkan pilihan PM mereka tanpa syarat. Kena hantar kepada Istana sebelum 4 petang ini. Makanya kita paham, nak jadi PM kena main Game of Number. Siapa dapat number lebih 110, dia yang kena.

6. So siapa contender setakat semalam? Kita dah ada nama. Bagi PN nampak gayanya Dato’ Seri Ismail Sabri bekas TPM daripada Umno. Bagi PH pula dah ada dua nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan). Saya mohon ulas satu-satu.

7. Bagi DSIS sekarang paling banyak dia boleh dapat ialah 100 undi kerana 15 Kluster Mahkamah & Klepto tarik sokongan daripada PN. Dia ada dua pilihan, mintak undi dari blok PH (Warisan & Pejuang dan tolak Klepto) atau PN terpaksa tolak prinsip taknak Klepto, jilat balik ludah ambil mereka semua semula. Sekarang geng Klepto jadi King Maker di blok PN. Mereka boleh dictate apa yang mereka nak in exchange of undi. Kalau betul tuduhan ex-PM, yang mereka nak lepas kes untuk bagi undi, maka masaklah Ismail Sabri. Kita tengokkan aje apa yang terjadi.

8. Bagi DSAI, setakat ini khabarnya dah ada 105. Kalau nak dapat lebih 110, dia kena minta support dari 3 kolam: samada dari Geng Kartel, GPS , atau kalau dah terdesak kena celup Geng Klepto. Dengar cerita Geng Kartel dah tolak dia dan stay dengan PN. GPS dah suruh dia flykite dah dari dulu dah umum “No Anwar”. So option yang dia ada adalah Geng Klepto. Ada juga Anwaristas cakap Klepto pun Klepto lah. Ia lesser evil daripada PN Kakistrokasi. Gitew pula… Makanya yang gaduh nak rak jatuhkan dia masa PRU14 buat apa? Tapi takpelah saya kurang paham bagaimana mereka berpikir. Makanya, kalau mereka rasa itulah lesser evil mereka, kita tengokkan aje.

9. Yang terakhir ialah DSSA, Presiden Warisan. Ini memang underdog. Dia dah ada baseline 105 dan termasuk support Pejuang. Awal2 dah cakap tolak Klepto. Jadi dia ada dua kolam: stay dengan PH dengan tarik GPS atau lompat ke PN dengan join ex-PM Muhy (tanpa Klepto). Dua2 boleh terjadi. Ni pun sama dulu2 gaduh geng Bunga. Now, kalau nak kuasa kena telan ludah dan baik-baik semula. Sebab yang ni rasanya pada mereka lesser evil ialah PN daripada Klepto. Kita tengokkan aje.

10. Pada saya, macam saya cakap daripada day 1 selepas Sheraton Move, siapa la naik pun, Kerajaan takkan stabil pun. Lantiklah siapa jadi PM nanti nak lawan pandemik, surely dia akan tetap busy nak jaga undi majority MP. Horse trading takkan stop. Khianat dan terus khianat akan terus berlaku. Bila nak buat kerjanya, tak tahu.

11. Itu sebab saya lega, pengumuman YDPA semalam dibantu oleh Sultan Raja Nazrin. Macam nak menjurus kepada Kerajaan Unity. Ada gencatan senjata politik dan semua perlu bekerja demi negara. Itu yang kita nak. Haraplah itu jadi kenyataan. Jangan la mana-mana PM dan parti lepas ni yang sabo. Memang Rakyat akan hukum.

12. Bagi kita pengundi, apa yang kita belajar dalam ini gambar? Satunya, korang pangkah MP ikut parti mana pun, kalau dia nak melompat kolam, dia boleh melompat. Dibenarkan dan tak salah. Keduanya, korang taksub la pemimpin mana pun, dan benci bangat pemimpin yang lain, bila nak berkuasa, this people boleh tolak prinsip yang dia ada. Sebab kemarukan undi majoriti nak kuasa.

13. Contoh kisah percintaan Pas dan DAP. Boleh bercinta dan clash suka hati. Bila nak berkuasa, PRU13 Pakatan Rakyat boleh je geng dulu. Bila dah menyampah clash pula. Baru ni, PN offer Kerajaan Bipartisan dengan blok Pembangkang termasuk DAP. Presiden PAS seru semua (termasuk DAP ya!) bersatu demi “kemasahalatan negara”. DAP jadi halal pula. Yang di bawah Rakyat disuruh benci DAPig. Diaorang rilex kejap-kejap bercinta, kejap-kejap clash. Boleh nampak kan?

14. Politicians ni walau cakap parti Islam sekalipun, anuti fahaman politik Machevialli “The Prince”. Ini kena tahu. Prinsipnya “matlamat menghalalkan cara” Apa matlamatnya bagi semua, tak kira parti mana? KUASA, itu matlamat utama. Dapat kuasa dulu, perkara lain belakang cerita. Tu sebab banyak parti di dunia, bukan hanya di Malaysia, tunggang agama dan bangsa demi kuasa. Makanya banyak dalil keluar ikut nafsu politik, bukan ikut sangat landasan agama.

15. Ok done bebel tentang ahli politik. Apa yang kita belajar pula? Saya cadangkan next PRU, jangan la taksub undi ikut parti (jangan jadi partisan) atau pangkah ikut pemimpin yang korang taksub (tolak personality politik). Don’t put our hopes to high on them. Kerana sejarah ini mengajar they can betray us.

16. Cara pengundi bijak ialah mereka DUE-DILLIGENCE Wakil Rakyat mereka sendiri. Check latar belakang siapa yang kita nak pangkah. Paling penting perlu cerdik dari kita. Jangan pula dipangkah jenis yang tipu sijil. Kalau itu pun dia buat, apa yang dia tak boleh buat later? Keduanya, kena check dia dan orang kelilingnya bagaimana? Kalau jenis yang suka pau, kaya tak ingat, tak tahu dari punca mana, mintak simpang awal2. Itu nescaya disaster. Ketiga, selidiki hati dia, masa ceramah berdekah-dekah tu, adakah dia ikhlas nak bina negara atau nak menangkan parti dia? Kalau yang kedua angkat red flag dulu, shopping yang lain pula.

17. Kalau semua pilih lagu ni, we have a pool of MPs yang cerdik, baik budi dan bersih hati. Mereka ini yang akan pilih PM untuk kita. Mereka juga akan pilih Ketua Pembangkang untuk kita. Jadi untuk kedua-dua blok mereka akan pilih yang terbaik antara mereka. Ingat kita undi bukan saja nak kan Kerajaan yang mantap, kita juga nak Pembangkang yang kuat untuk buat semak dan imbang. Makanya, kalau kita shopping MP kita dari awal yang baik2 belaka, and let democary works, in sya allah negara akan berjaya.

17. Akhir kalam, kena ingat Perlembagaan itu bersifat non-partisan, tiada satu pun perkataan “party” di dalamnya. Mungkin in the future, dia yang tiada parti pun boleh diangkat jadi PM. So long as he wins the game of numbers…

18. Minggu ni Agong akan pilih PM kita, kita doakan yang baik-baik untuk Malaysia…

#unitythewayforward #KamiMalaysia
Wallahu a’lam.