Permasalahan Pasar Kluang akan ditangani, kata Adun Mahkota

Muhamad Said Jonit

Sebelum ini terdapat rungutan daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pelbagai permasalahan berkenaan dengan Pasar Awam Kluang, Johor.

Antara yang disebutkan oleh orang ramai adalah berkenaan dengan jalan raya yang rosak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas keluar masuk pasar berkenaan selain kebersihan pasar berkenaan.

Dalam reaksi berkenaan permasalahan berkenaan, Ahli Dewan Negeri (Adun) Mahkota, YB Muhamad Said Jonit berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak beliau.

Katanya, lawatan telah dibuat ke pasar berkenaan dan langkah-langkah untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan telah dalam perancangan untuk disegerakan.

“Dari segi kebersihan pasar ini, memang mendukacitakan dan ia mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan pengunjung ke pasar berkenaan.

“Selain itu infrastruktur yang teruk terutamanya jalan keluar masuk pasar berkenaan telah rosak dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan. Selain itu longkang yang sumbat mendatangkan bau yang kurang menyenangkan turut terlihat.

“Terdapat juga langkah bagi penyusunan semula pasar berkenaan yang mana kita akan menempatkan pasar berkenaan secara tersusun untuk memudahkan pengunjung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhamad juga menyatakan peruntukkan bagi menyelenggara semula bangunan berkenaan akan dimohon kepada pihak Majlis Daerah Kluang (MDK).

“Kita akan memohon peruntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan semua ini. Selain itu kita akan menambah baik segala keperluan yang diperlukan oleh pengunjung.

“Sebelum ini terdapat peniaga yang membuka peniagaan mereka di bahagian luar dan kita akan menasihatkan agar peniaga berkenaan untuk berniaga di dalam bangunan bagi memusatkan tempat berniaga.

“Kita juga akan mempertimbangkan dengan pihak MDK untuk selaraskan sewa ke harga yang berpatutan agar ia menjadi tarikan untuk peniaga berniaga di dalam bangunan selain mengurangkan bebanan kepada para peniaga,” YB Muhamad Said Jonit.

Lawatan selama dua jam itu turut disertai oleh Ahli Majlis Daerah Kluang selain beberapa penduduk ke tapak pasar awam berkenaan.

CATEGORIES
TAGS