Permata dijenamakan semula dengan nama Genius, kata Menteri Pendidikan

Permata dijenamakan semula dengan nama Genius, kata Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik

Program Permata Negara (Permata) dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di Nilai, seperti dipetik bhonline hari ini.

Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional.

Permata mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia