Permintaan rasmi PDRM tangkap Jho Low sudah dihantar ke Macau, kata KPN

Permintaan rasmi PDRM tangkap Jho Low sudah dihantar ke Macau, kata KPN

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menghantar surat rami kepada pihak berkuasa di Macau untuk bekerjasama dalam satu pasukan  dalam usaha menangkap ahli perniagaan Jo Taek Low Jho atau dikenali sebagai Jho Low untuk diekstrasi ke Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata mereka telah menghantar permintaan bertulis kepada Macau melalui pejabat penghubung Interpol di Bukit Aman untuk membantu dan kini pihak polis sedang menunggu respon daripada mereka.

“Kita pada mulanya dimaklumkan bahawa dia berada di Hong Kong dan kami menghantar pasukan ke sana untuk membawanya kembali.

“Ketika  tiba di sana kita mengetahui bahawa dia telah lari ke Macau dengan menaiki Feri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Polis di , Bukit Aman hari ini.

Jho Low dikehendaki polis Malaysia kerana didakwa terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhd (1MDB).

Fuzi berkata,  sebarang tindakan lanjut untuk menangkap Jho Low di Macau akan tertakluk kepada kebenaran dan maklumat lanjut.

“Wakil Interpol di negara ini (Macau) juga boleh menangkap Low dan menyerahkannya kepada polis Malaysia sekiranya mereka mempunyai maklumat yang kukuh,” ujarnya lagi.

Minggu lalu, South China Morning Post melaporkan bahawa Jho Low dan keluarganya dibenarkan keluar dari Hong Kong ke Macau kerana Malaysia atau Singapura secara rasmi mengarahkan penangkapannya.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0