Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Permohonan batal notis kompaun SPRM didengar 26 Februari

Permohonan batal notis kompaun SPRM didengar 26 Februari

BernamaJanuary 6, 2020 5:12 pm




Permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan satu lagi bagi membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar 26 Feb ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan di dalam kamarnya hari ini yang dihadiri peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman dan Mohd Haziq Razali mewakili ketiga-tiga pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali bertindak bagi pihak Ketua Pesuruhjaya SPRM dan SPRM selaku responden.

Shahrul Fazli mengesahkan tarikh tersebut ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes berkenaan.

Shahrir, Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan. yang bertindak bagi pihak Puteri UMNO, memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq antara November dan Disember lalu.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden kedua (SPRM) mengkompaun mereka melalui Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 7 Okt 2019 sebagai ultra vires, tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-tiga pemohon juga memohon perintah bagi membatalkan keputusan dan tindakan responden kedua mengkompaun mereka selain memohon perintah untuk melarang SPRM daripada menguatkuasakan kompaun berkenaan atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Turut dimohon pengisytiharan bahawa kenyataan responden pertama (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ketika sidang media berhubung keputusan mengeluarkan notis kompaun terhadap ketiga-tiga pemohon atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pramatang, salah tanggap dan salah guna jawatan awam.

Pada 7 Okt tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, dalam sidang media, berkata SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB.

Latheefa berkata sembilan individu dan 71 entiti, terdiri daripada 23 syarikat, 43 organisasi politik dan lima yayasan dan organisasi menerima wang melalui cek yang melibatkan akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.– BERNAMA

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production