Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Permohonan bekas pegawai AmBank untuk batal saman Najib didengar 15 April

Permohonan bekas pegawai AmBank untuk batal saman Najib didengar 15 April

BernamaFebruary 4, 2020 2:52 pm




Permohonan bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, untuk membatalkan saman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap beliau, atas dakwaan pendedahan maklumat akaun banknya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, akan didengar 15 April ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib selaku plaintif, selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris yang turut dihadiri peguam mewakili Yu, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Muhammad Farhan berkata Hakim Khadijah juga mengarahkan defendan pertama iaitu AmBank dan AMMB Holdings Berhad selaku defendan kedua, memfailkan permohonan yang sama selewat-lewatnya 2 Mac ini, sekiranya ada.

Beliau berkata mahkamah turut menetapkan empat hari mulai 14 Dis ini, untuk perbicaraan kes saman itu.

Sementara itu, Gurdial berkata mahkamah membenarkan Yu selaku defendan ketiga, memfailkan penyataan pembelaan selepas pendengaran permohonannya untuk membatalkan saman tersebut.

“Kami telah katakan yang kami tidak perlu memfailkan penyataan pembelaan sehingga permohonan membatalkan saman (didengari) kerana dari awal lagi kami merasakan tidak ada sebab untuk beliau (Najib) untuk meneruskan (saman tersebut).

“Jadi dalam kes Yu, mahkamah telah bersetuju dengan kami, dia tidak perlu untuk memfailkan penyataan pembelaan sehingga pendengaran permohonan pembatalan saman tersebut,” katanya.

Yu merupakan saksi pendakwaan ke-54 dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang sedang dihadapi Najib.

Bekas perdana menteri itu melalui Tetuan Shafee & Co telah memfailkan saman tersebut pada 9 Dis tahun lepas dan menamakan AmBank, AMMB Holdings Berhad serta Yu sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa AmBank dan Yu melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya (berakhir 694, 880, 898 dan 906) dengan mendedahkannya kepada Low.

Najib mendakwa defendan tanpa kebenaran telah mendedahkan penyata bank, transaksi debit dan pengiriman wang, dan baki dana akaun 694 kepada Low sebagai pihak ketiga.

Beliau mendakwa bahawa defendan tidak berhubung dengannya untuk melaporkan tindakan Low mengenai akaun bank tersebut dan bank itu telah memudahkan pihak ketiga yang tidak sah untuk membuat pemindahan wang antara akaun 880, 898 dan 906.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai butiran penyata akaun banknya sendiri, dan dokumen atau berkaitan lain oleh pihak bank di bawah arahan Low.

Najib mendakwa Low dengan bantuan pihak ketiga yang tidak dibenarkan, telah membuat 20 urus niaga untuk menguruskan akaun-akaun berjumlah RM12 juta melalui beberapa kiriman wang tempatan dan asing dan akaun tersebut telah ‘ditandakan merah’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bekas perdana menteri itu berkata, defendan gagal melaporkan dan mendapatkan arahan langsung daripadanya, walaupun akaunnya ditandakan merah.

Najib juga mendakwa bahawa beliau hanya mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh defendan semasa perbicaraan SRC, selepas pendakwaan mendedahkan perbualan antara Yu dan pihak ketiga.

Beliau memohon ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan daripada defendan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production