Walaupun ramai sudah berjaya menebus eMADANI, masih ada antara rakyat Malaysia yang gagal, jangan risau! Ada cara untuk untuk buat rayuan.
Tidak kiralah di mana anda menebus e-kredit, setiap aplikasi ada cara berlainan untuk membuat rayuan bagi permohonan yang ditolak.
Tapi anda kena pasti dahulu apa sebab permohonan anda ditolak, di bawah adalah sebab mengapa tuntutan anda tidak berjaya.
- Kerakyatan tidak diiktiraf.
- Nama dan nombor kad pengenalan tidak sepadan.
- Pernah menerima eBeliaRahmah.
- Rekod tidak dijumpai di Jabatan Pendaftaran Negara.
- Penuntut tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023.
Rayuan dibuka hingga Februari 2024, jadi jangan risau ya! Anda juga akan diminta untuk sediakan maklumat tambahan untuk mudahkan proses.
Cara untuk buat rayuan eMADANI
Setel
Anda perlu menghantar rayuan berhubung isu tersebut kepada [email protected].
Menurut Setel, permohonan gagal mungkin disebabkan maklumat pengenalan tidak sah atau disebabkan ralat sistem.
Jadi anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk pengesahan semasa proses rayuan.
Shopee
Bagi yang menebus menggunakan Shopee, pastikan semua kriteria dipenuhi dan jika gagal boleh hubungi khidmat pelanggan.
Hanya pilih “eMADANI tidak dapat dituntut” dan isi butiran peribadi anda. Anda boleh menyertakan tangkap skrin layar sebagai imej sokongan.
TNG eWallet
Anda boleh berbuat sedemikian dengan menghantar rayuan dan tekan kategori eMADANI lalu klik penebusan ditolak pada bahagian jenis bantuan.
Sediakan juga maklumat tambahan mengapa permohonan eMADANI ditolak berserta tangkap layar sebagai dokumen sokongan.
MAE
Bagi pengguna MAE, boleh hubungi terus kepada kumpulan khidmat pelanggan Maybank menerusi panggilan talian 1-300-88-6688 atau hantar emel ke alamat [email protected].
Baca juga: Hati-hati tebus eMADANI, kerajaan akan sekat akaun jika anda lakukan perkara ini