Malaysia Dateline

PERMOHONAN MAAF DAN MENARIK BALIK BERITA

Kepada
Semua Pembaca Malaysia Dateline

Pada 24 April lepas, Malaysia Dateline telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Gambar majikan dua pengawal peribadi yang diugut ‘lenggang kangkung’ ke mahkamah kini tular”.

Berita tersebut telah dipadamkan dari siaran, namun masih ada pihak yang menyebarkan paparan berita tersebut.

Sidang editor tidak bertanggungjawab di atas penularan dan penyebaran berita tersebut selepas dipadam.

Sidang edior juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersentuh secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran berita yang telah dipadamkan itu.

Sidang Editor
Malaysia Dateline.
Pada 28 April 2021