Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Permohonan rayuan BSH 2019 dibuka hari ini hingga 15 Ogos

Permohonan rayuan BSH 2019 dibuka hari ini hingga 15 Ogos

BernamaJuly 1, 2019 2:00 pm




Kerajaan membuka permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 mulai hari ini sehingga 15 Ogos untuk memberi ruang kepada orang ramai yang benar-benar layak mendapat program bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah (B40) itu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, proses tersebut memberi ruang kepada mereka yang tidak layak, mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei berdasarkan kategori BSH 2019, merangkumi bilangan anak/tanggungan dan jumlah nilai BSH 2019 yang akan diterima. Pembayaran ini dibuat setelah proses verifikasi dijalankan dan melibatkan 3.6 juta penerima diluluskan untuk BSH,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, bayaran fasa kedua melibatkan peruntukan RM1.42 bilion, manakala jumlah keseluruhan pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 sebanyak RM2.62 bilion.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected] bagi maklumat lanjut– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production