Pernah batalkan niat perkahwinan sebelum ini kerana masalah kad pengenalan, pengantin wanita terkejut ‘suami’ kantoi rahsia jantina lepas tiga hari berkahwin.
Pekara tersebut hanya terbongkar selepas bapa si pengantin perempuan itu berurusan di jabatan agama di Sukaresmi, Indonesia.
Memetik portal Tribunnews, si bapa jelas meluahkan rasa kecewa terhadap menantu yang selama ini disangka lelaki.
Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sudah lama berkenalan menerusi media sosial namun si wanita tidak pernah mengesyaki apa-apa yang pelik.
Sebelum ini,mereka juga pernah membatalkan perkahwinan ekoran isu berkenaan kad pengenalan si lelaki.
Bukan sahaja pihak keluarga, malahan pengantin wanita juga ditipu dengan lakonan individu terbabit.
Timbul isu selepas beberapa hari mereka bernikah, orang kampung mula tampil meminta ‘pengantin lelaki’ membayar hutang mereka.
Bagi menyelesaikan isu, ketua kampung di sana cuba untuk memeriksa identiti lelaki tersebut dan rupanya dia adalah seorang wanita.
Bapa wanita itu merasakan dirinya tertipu dengan anaknya sendiri apabila perkara tersebut terbongkar setelah tiga hari perkahwinan mereka.
“Setelah nikahkan anak, saya terus ke pejabat di kampung ini dan pergi ke jabatan agama di sini.
“Namun, setelah meminta dokumen pengenalan diri, barulah saya tahu menantu sebenarnya adalah perempuan,” katanya.
Baca juga: Ini rupanya cara sebenar nak berjimat guna pencuci pinggan Sunlight, sebulan pun boleh tahan