Dikala harga barangan baik dan ramai mengambil kesempatan untuk meletakkan harga tinggi, masih ada yang memahami nasib orang tidak berkemampuan.
Pernah tular kerana menjual nasi bajet pada harga RM3.50, Nurul Hashima memulakan perniagaan di Kota Damansara disebabkan pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Wanita berusia 43 tahun itu berkongsi kisahnya membeli nasi, satu senduk sayur campur dan ikan masin sebelah sahaja pada harga RM7 lapor Astro AWANI.
“Masa tu saya terfikir saya mampu bayar RM7 tapi macam mana dengan orang lain, nak makan apa.
“Jadi saya bincang dengan suami dan anak nak buat nasi bajet pada harga bawah RM5 tapi tak semua mampu bayar RM5 kan.
“Jadi saya letak harga RM3.50, sekarang sudah empat tahun berniaga,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Dalam pada itu, Shima mengakui ada banyak keuntungan dan mula memilih untuk bersedekah dengan memberi ia secara kepada yang memerlukan.
“Ada seorang ‘rider’ tu dia berdoa yang dia nak makan hari ini dan kebetulan ada orang infak dekat gerai waktu itu.
“Jadi saya buat keputusan untuk letak kat dalam semua motor dan dia datang dekat saya tanya sama ada saya yang bagi nasi percuma.
“Dia cakap dia berdoa dekat dalam surau tadi dengan harapan dia dapat makan dan masa tu dia rasa bersyukur sebab Allah SWT makbulkan doa dia.
“Bukannya kita nak tolong tapi Allah SWT luruhkan untuk orang tu infaq dan dia jadi salah seorang terpilih untuk dapat makanan tersebut, ” ujarnya.
Salah seorang pelanggan yang membeli juga mengakui nasi bajet itu sangat berbaloi dan sedap untuk dimakan.
“Salah satunya sebab dia murah tapi sedap, ada beberapa pilihan. Rasa makanan dan portion sama je macam beli dekat kedai lain, sangat berbaloi,” komen pelanggan tersebut.
Baca juga: Tunai hasrat sahabat OKU nak ‘merasa’ joging, usaha 3 lelaki tolak kerusi roda banjir pujian