Pernah berlakon dalam filem Munafik 2, ramai sedih keadaan terbaru Roslan Saleh

Oleh KIM SYAZIE

Keadaan kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh kini dilaporkan semakin merosot selepas hilang penglihatan sejak empat tahun lalu akibat penyakit kencing manis kronik.

Seorang individu bernama Ustaz Haji Taufik berkongsi di TikTok ketika menziarahi Roslan atau mesra disapa Pak Lan.

Ustaz Taufik turut memohon semua untuk mendoakan agar Pak Lan terus diberikan kesihatan.

“Keadaan terkini Pak Lan (Roslan Saleh) pada (23/10/2024).

“Pak Lan telah buta seumur hidup sejak 4 tahun lalu asbab kencing manis dan keadaannya semakin hari semakin uzur,” kata kapsyen video tersebut.

Pak Lan merupakan seorang pelakon versatil yang sudah lama terlibat dalam dunia seni dan pernah tampil dalam beberapa filem besar negara seperti Sembilu 2, Munafik 2, dan Anak Perjanjian Syaitan.

Untuk info, Pak Lan mengalami masalah kesihatan sejak 2018 apabila kehilangan daya penglihatannya kedua-dua belah matanya disebabkan masalah glaukoma.

Pak Lan juga tidak mampu berjalan sendiri dan perlu dipapah untuk bangun.

Baca juga: “Aku tangkap suami curang keluar hotel dengan baju kusut, paling sakit bila kakak aku keluar dari bilik sama”