Rupanya banyak artis bujang yang ditawarkan bayaran tinggi unruk menjadi ‘peneman’ kepada golongan kenamaan atau VVIP.
Sebelum ini pelakon Puteri Sarah Liyana pernah mendedahkan RM15k oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon Nadia Brian untuk menjadi ‘peneman’.
Kini pelakon Sharifah Rose pula mengakui pernah ditawar RM60k untuk menemani golongan kenamaan makan lapor Kosmo! Online.
“Saya pernah dapat mesej dengan menawarkan RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja.
“Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja ditambah pula tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Sikap introvert lindungi diri
Tambah pempengaruh media sosial itu, sikapnya yang introvert menyebabkan dia teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut.
Malah Sharifah Rose juga pernah diajak untuk bercuti oleh individu tidak dikenali dalam Instagram.
“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.
“Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.
“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” ujarnya.
Baca juga: “Kerana arwah Jay Jay, saya bertahan bersama Exists hingga album terakhir” – Ezad Lazim