“Pernah kena h*sap ke?” – Baru nak healing, pemuda terkejut pakcik aju soalan lucah

Oleh KIM SYAZIE

Bila zaman semakin maju maka sensitiviti juga makin berkurangan hingga mampu bertanya soalan tidak senonoh kepada orang yang tak dikenali.

Seorang pemuda memuat naik video di TikTok mengenai dirinya yang dihampiri lelaki tidak dikenali untuk bertanya soalan lucah.

Terkejut disoal begitu, lelaki tersebut secara senyap-senyap merakam perbualan dirinya dengan pak cik itu.

Sudahlah tak malu bertanya soalan lucah, boleh pula pak cik itu bertanya sama ada lelaki tersebut mahu mencuba sambil mengaku suka akan perbuatan tersebut.

“Cerita tiga hari lepas. Aku pergi air terjun and saja nak healing (bertenang). Sambil tu, aku fikir aksesori apa nak letak kat motor.

“Tetiba ada sorang pakcik datang and cakap benda 18+ dengan aku. Aku sempat rakam ni je,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Video tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan oleh pemilik video tersebut.

Netizen dapat merasa ketakutan lelaki tersebut hingga sanggup menyuruh pak cik itu meminta pertolongan kaum wanita.

“Bang kau punya takut tu, kau boleh pula nak pass (bagi) pak cik tu kat perempuan,” komen pengguna TikTok.

“‘Baik pakcik suruh perempuan’, kau jangan bang,” tambah pengguna lain.

Walaupun kejadian ini berlaku pada bulan Mac lalu, ia seharusnya menjadi pengajaran buat lelaki mahupun wanita yang kerap keluar berseorangan.

Baca juga: Cef terkenal Turki saman bapa RM45.6 juta, tergamak seleweng duit syarikat