Pernah rendahkan diri untuk minta hutang, Zahnita serik nak jadi model

Oleh MAISARAH AISYA

Tebal muka mereka yang berhutang hingga orang lain pula terpaksa merendah diri untuk meminta bayaran dilunaskan.

Mukanya sering terpampang sebagai model pakaian satu ketika dahulu namun buat Zahnita Wilson, dia mengakui serik dengan dunia peragaan.

Model berusia 39 tahun itu mengakui dirinya tak sanggup merendahkan diri demi meminta bayara untuk kerja peragaannya satu ketika dahulu lapor Harian Metro.

“Sehingga ke hari ini, ada orang yang hutang saya beribu-ribu dan apabila saya kejar dia untuk duit, hanya dapat beberapa ratus.

Kita pula perlu merendahkan diri semata-mata untuk dapatkan bayaran. Jadi, malaslah nak kembali kepada itu (peragaan) semula,” katanya dalam sebuah pendedahan di TikTok.

Jelasnya industri peragaan tempatan tidak menitikberatkan soal kontrak dan bayaran malah usaha kerasnya sepanjang menjadi model juga tidak dihargai sesetengah pihak.

“Sebenarnya saya suka ‘modeling’, seni persembahan dan lakonan. Tapi maaf, industri kita sangat tidak matang dari segi kontrak dan bayaran.

“Dari dulu saya rasa tak dihargai. Ketika saya bekerja, saya usaha bersungguh-sungguh. Semua orang tahu saya sangat bekerja keras dan komited untuk menjadi model profesional.

“Tapi selepas beberapa tahun saya rasa tidak dihargai kerana bayaran macam itu juga meskipun sudah 10 tahun menonjolkan sikap komited saya sebagai model,” tambahnya.

Baca juga: Ratu Farah ‘confident’ dedah pernah jadi kegilaan ramai lelaki di sekolah