Pernah viral sampai hilang gelaran juara, Haneesya Hanee gigil masuk kelab untuk berlakon

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak ingat pertandingan Dewi Remaja 18/19 yang penuh dengan kontroversi sehingga gelaran juara terpaksa ditarik balik.

Kes yang turut melibatkan pelakon Haneesya Hanee apabila terpaksa melepaskan gelaran juara selepas tular video dia berkunjung ke sebuah kelab malam.

Terbaru lakonannya dalam drama popular, Aku Bukan Ustazah menyebabkan dia terpaksa mengimbau kembali pengalaman pahitnya lapor Kosmo! Online.

“Watak jahat ini sebenarnya senang namun selepas buat beberapa episod awal, saya sudah rasa macam berbelah bahagi sebab banyak babak memerlukan saya seperti mabuk dan berada di kelab malam.

“Kalau satu babak saya boleh toleransi, tertapi banyak sangat sampai rasa tak perlu.

“Setiap kali habis berlakon babak mabuk, saya terus akan menggigil dan pergi ke tandas, menangis,” katanya seperti dipetik HibGlam.

Imej pernah terjejas

Tambahnya nama dan imejnya sudah terjejas berikutan isu tersebut, teruk dikecam hingga mengalami tekanan sebelum ini.

“Saya sedar imej sudah buruk dan memang trauma dengan kecaman netizen, susah nak hadap semua itu.

“Saya risau apabila drama ini keluar, netizen akan teringat semula kejadian Dewi Remaja dulu dan akan kata ‘ehh ni bukan budak dewi…memang sesuailah dia pegang watak macam ni’

“Semua kecaman ketika kes Dewi Remaja dulu memang teruk. Saya takut dan tak sanggup hadap kecaman seperti itu,” jelasnya.

Baca juga: Anzalna beri hadiah bernilai RM10,000 untuk hari jadi anak yang ke-5, “duit bukan segalanya”