Malaysia Dateline

Perpecahan dalaman Pas memang berlaku

Kenyataan Setiausaha Pas Takiyuddin tentang tindakan atas ahli dan khususnya pada Antakiri semata-mata sebab disiplin adalah tidak tepat .

Ia merupakan sebab perpecahan politik dalaman.

Antakiri pernah melanggar SOP sebagai menteri tidak kuarantin pulang dari Istanbul tetapi Pas tidak komen sepatah pun dan ada pihak yg cuba membela insiden tersebut walaupun ini insiden menjadi tumpuan negara dan juga media antarabangsa. Imej Pas juga tercalar.

Kalau disiplin menjadi pertimbagan utama Pas kenapa isu rasuah berleluasa dan masalah besar SPRM tidak pernah disentuh Pas? Adakah kepentingan tertentu perlu dijaga?

Bukankah sebagai kerajaan Pas perlu ambil berat isu disipilin membendung rasuah juga?

Di Terengganu, begitu banyak poster digantung untuk jauhi zina tetapi kenapa tidak pernah kelihatan poster “jauhi rasuah” yang juga masalah amat besar?

Pas bercakap tentang disiplin secara “terpilih” dan bukan menyeluruh secara serius.

Tetapi kerana perbezaan politik dalaman Pas Antakiri telah digugurkan dari AJK Pas kerana menyatakan sesuatu yang berbeza daripada pandangan pimpinan utama Pas.

Ini jelas menunjukkan budaya wala’ yang tebal wujud dan dikuatkuasakan dalam Pas.
Pandangan dan pendapat berbeza tidak digalakan malahan dikawal dengan ketat.

Semasa (bekas) ahli Pas yang kini bersama AMANAH, memberi pandangan berbeza sedikit, mereka dilabel puak liberal, pro LBGT dan Anwarinas serta sebagainya dan ada usaha besar-besaran secara chai untuk menyingkirkan mereka di muktamar hingga tertubuhlah AMANAH.

Bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW, perbezaan pendapat bukan suatu yang didengar dan diraikan dalam Pas, malahan dibendung dan di hukum. Kerana itu istilah wala’ sangat sinonim dengan Pas dan tidak dalam parti-parti lain.

Sedang wujud hari ini beberapa puak dalam Pas dengan perbezaan pedapat dan Pas menghadapi bibit perpecahan dalaman yang sukar dibaiki.

Konsep wala’ dalam Pas hari ini, perbezaan pendapat dan kompromi tidak diamalkan dengan sihat.

Saya sendiri mengalami kejutan semasa masih menjadi ahli Pas dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu apabila saya menulis rencana tentang jasa dan ketokohan Almarhum Nik Aziz seminggu selepas Tok Guru meninggal.

Saya dipanggil oleh ketua kawasan Kuala Terengganu di rumah seorang AJK kawasan selepas solat Jumaat dan “disoal” kenapa saya menulis artikel tersebut tentang jasa dan pendekatan Almarhum Nik Aziz yang semua orang tahu begitu lembut dan bijaksana penuh berhemah.

Pendekatan Almarhum Nik Aziz tidak lagi menjadi “cara” atau budaya Pas dan hanya cara pimpinan sekarang sahaja boleh dipakai.

Inilah buktinya perbezaan pendapat dan cara tidak diraikan atau diterima dalam Pas hari ini.

Isu “disiplin” disebut oleh SUA Pas sebenarnya adalah tiada perbezaan pandangan dan pendapat boleh diterima dalam Pas hari ini.

Ber-wala’ tanpa pandangan alternatif berbeza adalah hanya suatu cara yang dibenarkan dalam Pas hari ini.

Bukan hanya pimpinan tinggi seperti Antankiri menjadi mangsa, ahli-ahli di bawah juga terpaksa “menelan” apa saja budaya tidak sihat Pas hari ini dan mereka tidak berani bersuara.

Ramai ahli dan penyokong Pas hari ini amat kecewa dengan perubahan besar sikap serta budaya “Tuan Besar” pimpinan atasan Pas hari ini tetapi mereka terpaksa menelan pahitnya degan tangisan balik tabir.

Perpecahan dalaman Pas memang berlaku hari ini dengan cara tersembunyi hari ini.